Tamadun Cina merupakan satu tamadun yang kuat
pengaruhnya. Perkembangan tamadun Cina sehingga ke dunia Barat menunjukkan
tamadun cina berupaya bersaing dengan tamadun-tamadun lain. Tamadun Cina telah
memberi pandangan baru kepada tamadun lain. Pegangan konfusianisme telah
memberi idea kepada sesebuah negara agar beretika dalam penubuhan sesebuah
kerajaan. Konsep konfusianisme yang mementingkan humanisme, humanitaarianisme,
intelektualisme dan rasionalisme adalah bersesuaian untuk diamalkan dalam
kehidupan harian manusia.
Kebolehan tamadun Cina dalam teknologi dengan
menyumbangkan empat ciptaan agung kepada dunia menunjukkan tamadun Cina telah
awal lebih maju berbanding dengan tamadun lain. Walaupun pada zaman
pemerintahan Yong Zheng (1723-1735), dasar isolation telah diperkenalkan, ini
tidak memundurkan masyarakat cina. Namun sedikit sebanyak memberi impak kepada
kemajuan secara global. Kebangkitan para intelektual Cina setelah China kalah
beberapa kali dalam peperangan telah memberi kesan positif kepada pembangunan
China.
Revolusi Gerakan Kebudayaan Baru yang dilancarkan
oleh para intelektual Cina telah menyedarkan kerajaan China bahawa pembaharuan
perlu dilakukan untuk memajukan tamadunnya sendiri. Pegangan kosnfusianisme
semakin terhakis apabila ramai rakyat China diberi pendidikan sekularisme
Barat.
No comments:
Post a Comment